Kursus Pengukuhan Pasukan Lembaga Lada Malaysia

12 Jun 2024 | Kuching, Sarawak

SYABAS DAN TAHNIAH! 👏

Letih namun menyeronokan. Begitulah antara gambaran aktiviti team building sempena Kursus Pengukuhan Pasukan Lembaga Lada Malaysia (MPB) anjuran Bahagian Khidmat Pengurusan MPB.

Berkampung selama tiga hari di Sumiran Eco Park & Resort Kuching bermula 10 hingga 12 Jun 2024, seramai 39 orang Pegawai Pengembangan MPB dari Pejabat Cawangan dan Wilayah di seluruh Malaysia telah menyertai kursus ini dengan jayanya.

Selain sesi ceramah, turut diselitkan jua aktiviti - aktiviti riadah yang menguji tahap kecergasan fizikal dan kecerdasan mental serta menguji semangat berpasukan dalam kalangan peserta.

Penganjuran kursus ini antara lain bertujuan untuk :-

▪️ mengenal pasti konsep pembentukan kumpulan yang tepat dalam pembangunan organisasi;
▪️ menerangkan mengenai kepentingan komunikasi lisan dan bukan lisan yang berkesan; dan
▪️ mengenal pasti kepentingan budaya kerja berpasukan sebagai elemen utama dalam pengurusan organisasi.

Ketua Pengarah MPB melalui ucapan penutupan kursus yang dibacakan oleh Pengarah Kanan MPB, Puan Florence Sanjan telah menekankan kepentingan kerjasama sebagai satu pasukan dalam mencapai visi dan misi organisasi secara kolektif.

MPB selaku penganjur merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberi sokongan dalam menjayakan kursus ini Jabatan Pertanian Sarawak, Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (Rasmi).
 logo ms  KSN  KPK2  sawit  get  timber tembakau  koko IPC doa Links IIM Saraspicelogo

Hubungi Kami

Lembaga Lada Malaysia
Lot 1115, Jalan Utama, 93450, Kuching, Sarawak
Tel       : +60 82 527600 | +60 82 331811 Fax :+60 82 336877
Email  :  info@mpb.gov.my
Hakcipta Terpelihara © Lembaga Lada Malaysia (MPB)
Pelawat :
Dikemaskini Pada :

Kerajaan dan Lembaga Lada Malaysia tidak akan bertanggungjawab atas kehilangan atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh dari laman web ini. Paparan terbaik menggunakan Google Chrome dan Modzilla Firefox dengan resolusi 1920 x 1080.