Lawatan Kerja Menteri Perladangan dan Komoditi, YB Datuk Seri Johari Abdul Ghani ke Lembaga Lada Malaysia, Kuching

20 SEPTEMBER 2025 | PADAWAN

Menteri Perladangan dan Komoditi, YB Datuk Seri Johari Abdul Ghani hari ini telah mengadakan lawatan kerja ke Kebun Lada milik Encik Singing anak Bundan di Kampung Rejoi, BRS, Padawan. Lawatan ini bertujuan meninjau secara dekat aktiviti penanaman lada serta usaha pemodenan teknologi dalam industri lada negara.

Sepanjang lawatan, YB Datuk Seri Johari turut menyaksikan penerangan berkaitan prototaip projek MYSA-MPB, demonstrasi penggunaan dron berteknologi hyperspektral bagi tujuan pengenalpastian penyakit tanaman, serta demonstrasi aplikasi Dr. LADA. Turut diadakan ialah demonstrasi teknik memetik biji lada, kaedah memproses lada hitam, pengasingan biji lada mengikut gred dan simbolik penanaman pokok lada.

YB Datuk Seri Johari menekankan bahawa penerapan teknologi moden dalam penanaman lada mampu meningkatkan hasil, kualiti serta daya saing lada Malaysia di pasaran antarabangsa. Beliau turut menyeru para pekebun untuk memanfaatkan peluang ini bagi memperkukuh industri lada negara sebagai salah satu komoditi berpotensi tinggi.

Hadir sama, Ketua Setiausaha Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK), YBhg. Dato’ Yusran Shah Mohd Yusof serta pegawai kanan Kementerian. Manakala MPB diwakili Ketua Pengarah, YBrs Encik Vincent Sawat.
 logo ms  KSN  KPK2  sawit  get  timber tembakau  koko IPC doa Links IIM Saraspicelogo

Hubungi Kami

Lembaga Lada Malaysia
Lot 1115, Jalan Utama, 93450, Kuching, Sarawak
Tel       : +60 82 527600 | +60 82 331811 Fax :+60 82 336877
Email  :  info@mpb.gov.my
Hakcipta Terpelihara © Lembaga Lada Malaysia (MPB)
Pelawat :
Dikemaskini Pada :

Kerajaan dan Lembaga Lada Malaysia tidak akan bertanggungjawab atas kehilangan atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh dari laman web ini. Paparan terbaik menggunakan Google Chrome dan Modzilla Firefox dengan resolusi 1920 x 1080.