KUCHING, SARAWAK | 27 SEPTEMBER 2025
Lembaga Lada Malaysia (MPB) turut menyahut seruan dengan melaksanakan Program Hari Cuci Malaysia 2025 peringkat agensi dengan penglibatan aktif secara serentak oleh semua bahagian, unit, pejabat Wilayah dan pejabat cawangan MPB seluruh Malaysia.
Program ini merupakan usaha untuk memupuk amalan kebersihan, memperkukuh pengurusan persekitaran dan meningkatkan kesedaran sivik dalam kalangan warga MPB.
Hari Cuci Malaysia peringkat MPB diserikan dengan perasmian simbolik oleh Ketua Pengarah MPB, YBrs. Encik Vincent Sawat dan diikuti aktiviti Briskwalk. Seterusnya, aktiviti pembersihan meliputi kawasan pejabat, bilik mesyuarat, pantri, stor, ruang kerja serta persekitaran luar bangunan.
MPB terus komited dalam menggalakkan pembudayaan amalan kebersihan secara berterusan sejajar dengan aspirasi Malaysia MADANI ke arah masyarakat yang sihat, produktif dan prihatin.











