Kunjungan Hormat Centre for Agriculture and Biosciences International (CABI) Malaysia ke MPB

Ketua Pengarah MPB, YBrs. Encik Vincent Sawat telah menerima kunjungan hormat daripada Centre for Agriculture and Biosciences International (CABI) Malaysia pada 8 Oktober 2025 bertempat di Ibu Pejabat MPB, Kuching, Sarawak.

Kunjungan tersebut merangkumi sesi pembentangan daripada pihak CABI untuk memperkenalkan organisasi tersebut, latar belakang dan peranannya, termasuk projek – projek kolaborasi serta aktiviti yang sedang dijalankan di rantau ASEAN. Sesi perbincangan berikutnya turut diadakan antara kedua-dua pihak untuk meneroka peluang kerjasama strategik khususnya dalam bidang penyelidikan, latihan dan pengembangan untuk kemajuan industri lada Malaysia.

CABI telah diwakili oleh Pengarahnya, Puan Chin Shing Yun, manakala MPB turut disertai oleh Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan), Puan Florence Sanjan; Pengarah Bahagian Penyelidikan, Pembangunan Kualiti dan Inovasi, Encik Zehnder Jarroop dan pegawai - pegawai penyelidik MPB.
 logo ms  KSN  KPK2  sawit  get  timber tembakau  koko IPC doa Links IIM Saraspicelogo

Hubungi Kami

Lembaga Lada Malaysia
Lot 1115, Jalan Utama, 93450, Kuching, Sarawak
Tel       : +60 82 527600 | +60 82 331811 Fax :+60 82 336877
Email  :  info@mpb.gov.my
Hakcipta Terpelihara © Lembaga Lada Malaysia (MPB)
Pelawat :
Dikemaskini Pada :

Kerajaan dan Lembaga Lada Malaysia tidak akan bertanggungjawab atas kehilangan atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh dari laman web ini. Paparan terbaik menggunakan Google Chrome dan Modzilla Firefox dengan resolusi 1920 x 1080.