Taklimat MyPerformance dan Sasaran Kerja Utama (SKU) HRMIS

15 Oktober 2025 | Kuching, Sarawak

Seramai 53 orang pegawai dan kakitangan Lembaga Lada Malaysia (MPB) terdiri daripada Ketua Bahagian serta pentadbir bahagian yang dilantik telah berjaya mengikuti Taklimat MyPerformance dan Sasaran Kerja Utama (SKU) HRMIS anjuran Bahagian Khidmat Pengurusan MPB pada 13 hingga 15 Oktober 2025 di sebuah hotel di Kuching, Sarawak.

Taklimat selama tiga (3) hari ini merupakan manifestasi komitmen serta bukti sokongan MPB terhadap aspirasi kerajaan dalam memperkukuh kecekapan dan keberkesanan perkhidmatan awam agar lebih responsif terhadap keperluan rakyat. Inisiatif ini dilaksanakan menerusi sistem penilaian MyPerformance sebagaimana yang termaktub di bawah Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (MyPPSM) Ceraian UP.4.1.1, berkaitan Dasar Baharu Pengurusan Prestasi Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana (MyPerformance).

MPB merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada penceramah daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) atas perkongsian ilmu dan bimbingan yang diberikan melalui sesi taklimat serta latihan secara hands-on. Majlis Penutupan dan Penyampaian Sijil telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah MPB, YBrs. Encik Vincent Sawat.
 logo ms  KSN  KPK2  sawit  get  timber tembakau  koko IPC doa Links IIM Saraspicelogo

Hubungi Kami

Lembaga Lada Malaysia
Lot 1115, Jalan Utama, 93450, Kuching, Sarawak
Tel       : +60 82 527600 | +60 82 331811 Fax :+60 82 336877
Email  :  info@mpb.gov.my
Hakcipta Terpelihara © Lembaga Lada Malaysia (MPB)
Pelawat :
Dikemaskini Pada :

Kerajaan dan Lembaga Lada Malaysia tidak akan bertanggungjawab atas kehilangan atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh dari laman web ini. Paparan terbaik menggunakan Google Chrome dan Modzilla Firefox dengan resolusi 1920 x 1080.