21 Oktober 2025 | MARUDI
Disempurnakan oleh Pengerusi MPB, YB Dato Anyi Ngau juga merangkap Ahli Parlimen P.220 Baram, program ini merupakan salah satu usaha berterusan oleh MPB untuk memperkukuh dan memperluas pengetahuan masyarakat khususnya para pekebun dan usahawan mengenai potensi serta perkembangan terkini dalam industri lada negara bagi memastikan informasi dapat disampaikan secara langsung dan berkesan.
Dalam program yang sama, Pengerusi MPB telah menyampaikan simbolik Skim Tanaman Lada Baharu dan Skim Tanaman Lada Matang kepada empat buah kampung di kawasan Marudi di bawah kawasan Parlimen P.220 Baram yang diwakili oleh empat orang penerima.
Usahawan hiliran lada bimbingan MPB dari Miri iaitu syarikat Truly Borneo Trading dan usahawan huluan lada bimbingan MPB, Encik Ujan anak Laloh dari Tatau, Bintulu dan Encik Ngadan anak Nyanggai dari Layar Betong masing-masing telah mengadakan promosi dan jualan produk lada serta keratan lada.











