Kunjungan daripada Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

23 Oktober 2025 | Kuching, Sarawak

Lembaga Lada Malaysia (MPB) menerima kunjungan daripada Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sempena lawatan teknikal pada 22 Oktober 2025 bagi memperkukuh kerjasama dalam aspek keselamatan makanan khususnya bagi tujuan pengeksportan produk berasaskan lada ke pasaran antarabangsa.

Lawatan dimulakan dengan Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Makanan bagi Pengeksportan Makanan yang dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) MPB, Puan Florance Sanjan dalam membincangkan pematuhan piawaian keselamatan dan kualiti produk lada Malaysia.

Rombongan KKM turut dibawa meninjau bahagian pemprosesan lada dan makmal penyelidikan lada bagi memberi pendedahan kepada proses pengeluaran dan kawalan kualiti yang dilaksanakan oleh MPB selaras dengan standard keselamatan makanan antarabangsa.

Dalam kunjungan tersebut, MPB turut menerangkan proses dan kaedah bagi memastikan produk lada menepati kualiti yang dikehendaki pembeli melalui khidmat teknikal dan pensijilan, serta memberi penjelasan lanjut mengenai pemprosesan lada dari peringkat awal hingga eksport.
 logo ms  KSN  KPK2  sawit  get  timber tembakau  koko IPC doa Links IIM Saraspicelogo

Hubungi Kami

Lembaga Lada Malaysia
Lot 1115, Jalan Utama, 93450, Kuching, Sarawak
Tel       : +60 82 527600 | +60 82 331811 Fax :+60 82 336877
Email  :  info@mpb.gov.my
Hakcipta Terpelihara © Lembaga Lada Malaysia (MPB)
Pelawat :
Dikemaskini Pada :

Kerajaan dan Lembaga Lada Malaysia tidak akan bertanggungjawab atas kehilangan atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh dari laman web ini. Paparan terbaik menggunakan Google Chrome dan Modzilla Firefox dengan resolusi 1920 x 1080.