Lembaga Lada Malaysia (MPB) menerusi Pejabat Cawangan MPB Sibu telah melaksanakan latihan in-situ bersama 20 orang pekebun lada pada 23 hingga 24 Oktober 2025 bertempat di Rumah Galana, Nanga Tekalit, Katibas, Song.
Seiring dasar strategik industri lada, latihan ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran teknikal pekebun dalam aspek pengurusan tanaman dan penyelenggaraan kebun lada disamping menyokong pembangunan sosioekonomi luar bandar melalui latihan yang relevan dan mudah diakses.











