Kursus Teknologi Pengeluaran Lada (KTPL) Siri 8 di Sri Aman anjuran bersama Bahagian Perkhidmatan Tanaman dan Pejabat Cawangan MPB Sri Aman pada 28 - 30 Oktober 2025 lalu menjadi antara inisiatif utama MPB untuk melahirkan pengusaha tanaman lada berpengetahuan sekaligus berdinamik sejajar dasar strategik industri lada negara yang menekankan peningkatan produktiviti, kualiti serta penggunaan teknologi moden dalam penanaman dan pemprosesan lada.
Melalui kursus ini, para peserta didedahkan dengan amalan agronomi terbaik, pengurusan penyakit dan perosak, teknik pembiakan bahan tanaman berkualiti serta kaedah pascatuai yang menepati piawaian antarabangsa bagi memperkukuh keupayaan bersaing Lada Malaysia di pasaran global.
Sememangnya menjadi satu kepuasan kepada MPB apabila program dan kursus yang dilaksanakan mendapat sambutan menggalakkan daripada para peserta.












