China Import and Export Fair (Canton Fair) 2025

Dua orang pegawai wakil Lembaga Lada Malaysia (MPB) bersama seorang wakil pengeksport lada telah menyertai pameran sempena China Import and Export Fair (Canton Fair) 2025 yang berlangsung di Guangzhou, China bermula pada 31 Oktober dan dijadualkan berakhir pada 4 November 2025.

Penyertaan MPB dalam Canton Fair 2025 ini merupakan salah satu usaha strategik untuk mempromosikan serta memperluaskan pasaran produk lada Malaysia di peringkat antarabangsa. Selain itu, ia turut memberi ruang kepada MPB untuk meneroka potensi baharu bagi produk hiliran lada di pasaran China, khususnya produk keluaran usahawan hiliran di bawah program pembangunan MPB.

Canton Fair yang telah dianjurkan sejak tahun 1957 merupakan pameran perdagangan terbesar dan berpengaruh di China. Selaras dengan tema “A Bond of Friendship, A Bridge for Trade”, pameran ini berfungsi sebagai platform penting yang menghimpunkan ratusan syarikat dari seluruh dunia untuk mempamerkan produk masing-masing, disamping memperkukuh hubungan perdagangan antara pengeluar, pembekal dan pembeli antarabangsa.
 logo ms  KSN  KPK2  sawit  get  timber tembakau  koko IPC doa Links IIM Saraspicelogo

Hubungi Kami

Lembaga Lada Malaysia
Lot 1115, Jalan Utama, 93450, Kuching, Sarawak
Tel       : +60 82 527600 | +60 82 331811 Fax :+60 82 336877
Email  :  info@mpb.gov.my
Hakcipta Terpelihara © Lembaga Lada Malaysia (MPB)
Pelawat :
Dikemaskini Pada :

Kerajaan dan Lembaga Lada Malaysia tidak akan bertanggungjawab atas kehilangan atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh dari laman web ini. Paparan terbaik menggunakan Google Chrome dan Modzilla Firefox dengan resolusi 1920 x 1080.