7 November 2025 | Kota Kinabalu
Lembaga Lada Malaysia (MPB) diwakili oleh Pejabat Wilayah Sabah turut serta dalam Program Agrikomoditi & Jualan Agro MADANI yang diadakan di Perkarangan Dewan Golden Hotel. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi, YB Datuk Chan Foong Hin.
Anjuran Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK), program ini antara lain dapat mendekatkan agensi berkaitan dengan masyarakat setempat ke usaha memperkukuh peranan agensi peneraju komoditi di Malaysia menerusi perkongsian maklumat dan jualan serta promosi produk hiliran tempatan selaras dengan aspirasi Kerajaan MADANI.











