Program selama 3 hari anjuran Bahagian IKL tersebut merupakan platform untuk mengukuhkan kerjasama strategik antara Bahagian IKL dengan MPB dan LKM bagi merangka hala tuju pembangunan industri lada dan koko di bawah RMKe-13.
Sesi perkongsian ilmu melalui penyampaian ceramah turut diadakan semasa program yang bertujuan untuk memberi ruang dan peluang kepada semua pegawai yang hadir untuk bertukar pandangan dan pengalaman dalam pelbagai aspek dari peringkat huluan ke hiliran industri lada dan koko negara.
Antara penceramah yang dijemput untuk menyampaikan ceramah ialah 2 penceramah dari MRANTI, penceramah dari Insitute of Economic Research (MIER), Dr Khalid Abdul Hamid dan sesi perkongsian ilmu & pengalaman dari YBhg Datuk Ravi Muthayah, mantan KSU, KPK yang bertajuk "Internalisation of LeaderShift".











