18 NOVEMBER 2025 | BELAGA
Dihadiri seramai hampir 200 orang tetamu merangkumi penggiat industri lada, Ketua-Ketua Masyarakat dan Ketua - Ketua Jabatan dari daerah kecil Sungai Asap, program bersemuka berkonsepkan “Hari Terbuka dan Hari Bersama Pelanggan” seumpama ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan MPB untuk mendekati para penggiat industri lada bagi memperkukuh jaringan kerjasama dengan agensi berkaitan dan komuniti pekebun tempatan.
Ahli Dewan Undangan Negeri N. 66 Murum, YB Kennedy Chukpai Ugon berucap semasa hadir menyempurnakan seminar berkata program turun padang khususnya untuk yang jauh di kawasan pedalaman seperti di kawasan Sungai Asap ini amat penting untuk penduduk setempat bagi membolehkan golongan sasar dapat berinteraksi dan memperoleh maklumat berkenaan industri lada secara terus daripada petugas – petugas MPB.
Antara aktiviti yang menjadi tumpuan dalam program hari ini adalah penjualan keratan lada oleh usahawan keratan lada bimbingan MPB serta pembelian lada oleh anak syarikat MPB iaitu Saraspice Sdn Bhd (SSB).
Secara keseluruhannya, penganjuran program ini berperanan dalam mempromosikan imej positif MPB serta mengukuhkan kepercayaan dan sokongan masyarakat terhadap peranan yang dilaksanakan oleh MPB.











