Seminar Promosi Tanaman Lada di Saratok Tahun 2025

21 November 2025 | Saratok, Sarawak

Dewan Serbaguna Taman Seroja Indah di Saratok pada hari ini telah digamatkan dengan pelbagai aktiviti termasuk taklimat industri lada, pameran perkhidmatan MPB, jualan produk hiliran lada dan jualan keratan lada oleh usahawan sempena Seminar Promosi Tanaman Lada 2025 anjuran Lembaga Lada Malaysia (MPB).

Berucap ketika hadir menyempurnakan program, Pengerusi MPB, YB Dato Anyi Ngau menyatakan bahawa penduduk setempat khususnya di daerah Saratok wajar menggunakan peluang dan manfaat yang disediakan oleh Kerajaan menerusi MPB dalam sektor huluan dan hiliran lada.

Beliau turut mengajak semua pengusaha tanaman lada untuk bersama-sama bergerak seiring perubahan dengan mengadaptasikan penggunaan teknologi dalam pengurusan dan penyelenggaraan tanaman lada.

Program ini secara keseluruhannya menekankan peranan MPB dalam ekosistem pembangunan industri lada negara dan seterusnya pengukuhan jalinan kerjasama antara MPB dengan komuniti setempat.

Hadir sama memberi sokongan dalam program kali ini ialah Ahli Dewan Undangan Negeri N.39 Krian, YB Tuan Friday anak Belik; Ketua Pengarah MPB, YBrs Encik Vincent Sawat; Timbalan Residen Bahagian Betong, Encik Hamdan bin Haji Katang; Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Encik Brian Fung Kuk Shiun; Ketua - Ketua Jabatan, Ketua - Ketua Masyarakat dan Ketua-Ketua Kaum daerah Saratok.
 logo ms  KSN  KPK2  sawit  get  timber tembakau  koko IPC doa Links IIM Saraspicelogo

Hubungi Kami

Lembaga Lada Malaysia
Lot 1115, Jalan Utama, 93450, Kuching, Sarawak
Tel       : +60 82 527600 | +60 82 331811 Fax :+60 82 336877
Email  :  info@mpb.gov.my
Hakcipta Terpelihara © Lembaga Lada Malaysia (MPB)
Pelawat :
Dikemaskini Pada :

Kerajaan dan Lembaga Lada Malaysia tidak akan bertanggungjawab atas kehilangan atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh dari laman web ini. Paparan terbaik menggunakan Google Chrome dan Modzilla Firefox dengan resolusi 1920 x 1080.