Lembaga Lada Malaysia (MPB) telah mengadakan Mesyuarat Penilaian Prestasi dan Perancangan Strategik Tahun 2026 pada 24 - 25 November 2025 lalu dengan penglibatan oleh Ketua - Ketua Bahagian, Ketua - Ketua Pejabat Cawangan, Pengurus Projek dan Pegawai P&P MPB.
Mesyuarat selama dua hari tersebut menjurus kepada perbincangan dan perancangan awal pelaksanaan bagi beberapa program serta projek MPB yang telah diluluskan bagi tahun 2026 dibawah rolling plan pertama(RP1 RMK-13). Persediaan ini merangkumi penyediaan hala tuju program serta projek dalam memastikan pra-pelaksanaan program serta projek dapat dilaksanakan secara efektif dan seterusnya memberi manfaat kepada organisasi serta industri lada.
Mesyuarat telah dipimpin oleh Ketua Pengarah MPB, YBrs. Encik Vincent Sawat dan turut disertai oleh Setiausaha Bahagian Pembangunan Industri Koko dan Lada (IKL) Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK), Encik Cheah Chee Fong dan Penolong Setiausaha Kanan IKL, Puan Mass Ayu Haslinda.











