8 Januari 2026 | Kuching Sarawak
Bertempat di Kuching, Sarawak, majlis ini menghimpunkan Warga Kerja MPB secara fizikal dan turut disertai Pengarah-Pengarah dan Ketua - Ketua dari Pejabat Wilayah serta Pejabat Cawangan seluruh Malaysia serta barisan pengurusan anak syarikat Saraspice Sdn Bhd (SSB).
Antara intipati utama yang diketengahkan ialah amanat daripada Ketua Pengarah MPB, YBrs. Encik Vincent Sawat berkaitan hala tuju strategik industri lada di bawah Rancangan Malaysia Ketigabelas (RMKe-13) disamping mengimbau kejayaan sepanjang tahun lalu.
Tambah beliau, warga MPB juga harus sentiasa memperbaharui proses kerja semasa bagi mempertingkatkan keberkesanan sistem penyampaian MPB kepada golongan sasar yang menjadi tunjang utama industri lada terutamanya yang berada di kawasan pinggir bandar atau pedalaman. Pada masa sama, beliau turut menekankan kepentingan untuk mengekalkan hubungan kerjasama harmoni antara MPB, SSB dan penggiat industri bagi memastikan kelancaran keseluruhan rantaian ekosistem industri lada.
Dalam majlis yang sama, Ketua Pengarah MPB turut menggunakan kesempatan tersebut untuk merakamkan ucapan tahniah di atas pelantikan YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad selaku Menteri Perladangan dan Komoditi dan YB Dato' Sri Huang Tiong Sii selaku Timbalan Menteri Perladangan Komoditi berkuatkuasa 17 Disember 2025. Penghargaan juga diucapkan kepada mantan Menteri KPK, YB Datuk Seri Johari Abdul Ghani serta mantan Timbalan Menteri KPK, YB Datuk Chan Foong Hin atas sumbangan dan jasa bakti dalam pembangunan industri lada negara.











