Momen sekitar Lawatan Industri MPB ke Syarikat Pengeluar Produk Berasaskan Lada, FA Herbs Sdn. Bhd. di Ijok, Selangor pada 29 Januari 2026 lalu sebagai salah satu inisiatif MPB untuk menggalakkan pendaftaran pedagang lada serta memperluas jaringan kerjasama strategik antara MPB dan pemain industri lada.
FA Herbs Sdn. Bhd., sebuah syarikat pengeluar produk herba tradisional, sabun dan kosmetik berasaskan herba di bawah jenama terkenal iaitu Tanamera dengan rangkaian jenis produk seperti minyak urut herba, produk spa serta teh postnatal, dengan keseluruhan 5 SKU produk berasaskan lada.
Pihak MPB telah diwakili oleh Pengarah Bahagian, Encik Gura Langgong dan disertai oleh Penolong Pengarah Bahagian, Encik Basil Linang dan Puan Maghfirah Mohd Yunus.











