"Saya percaya sesi pada hari ini bukan sekadar platform perkongsian maklumat, malah menjadi langkah penting dalam memperkukuhkan ekosistem industri lada melalui tadbir urus yang lebih jelas, peningkatan kualiti serta pengembangan peluang industri yang lebih mampan dan berdaya saing."
Demikian antara intipati ucapan rumusan oleh Ketua Pengarah MPB, YBrs. Encik Vincent Sawat pada sesi penggulungan sempena Sesi Libat Urus Bersama Penggiat Industri Lada Berkenaan Petunjuk Geografi (GI) yang berlangsung pada hari semalam.
Sesi ini telah dihadiri oleh pengusaha lada, pengilang, pengeksport, persatuan pertubuhan perniagaan dan usahawan industri yang turut berkongsi pandangan serta cadangan masing - masing ke arah mewujudkan ekosistem industri lada yang harmoni.
Selain memberi pendedahan terhadap prosedur dan kepentingan GI, sesi ini turut membuka ruang kepada pemain industri untuk membincangkan cabaran yang dihadapi susulan situasi ekonomi semasa.











