Lembaga Lada Malaysia (MPB) bersama rakan agensi memeriahkan Festival Hello Komoditi Peringkat Negeri Melaka 2026 yang dianjurkan dengan kerjasama Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) bersama Pejabat ADUN Sungai Rambai di Padang Kampung Sri Mendapat, Merlimau, Melaka.
Ruai pameran MPB turut menerima sambutan menggalakkan daripada masyarakat setempat yang masing - masing teruja mendengar perkongsian mengenai inisiatif kerajaan bagi industri lada, produk - produk huluan dan hiliran lada disamping berinteraksi secara terus bersama petugas di lapangan.
Mempamer bersama MPB adalah penggiat industri daripada Nyalas, Melaka.
Program ini telah disempurnakan oleh YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, Ketua Menteri Melaka. KPK turut diwakili oleh YBrs. Tuan Haji Shafie Taib, Timbalan Ketua Setiausaha KPK.
Manakala MPB telah diwakili oleh Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan), Puan Florence Sanjan.











