Kembalikan era gemilang lada Sarawak

KUCHING: Kerajaan melantik pengerusi dan pengarah baharu bagi menerajui Lembaga Lada Malaysia (LLM) Sarawak, dengan hasrat melakar hala tuju dan strategi baharu mengembalikan kegemilangan lada Sarawak.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, ia kerana lada Sarawak yang dikenali di seluruh dunia kerana kualitinya kini berada dalam keadaan terbenam.

“Berdasarkan laporan, apa yang berlaku ialah terdapat pihak mengimport banyak lada dari Vietnam kemudian mereka campurkan lada Sarawak dengan lada Vietnam, jadi itu berisiko kerana lada kita berkualiti tinggi dan mendapat permintaan tinggi di dunia.

“Jika anda campur dengan produk yang kurang berkualiti, ia akan memburukkan imej dan akhirnya menjejaskan strategi pemasaran atau permintaan kepada lada Sarawak,” katanya pada sidang media sempena Majlis Rumah Terbuka Aidilfitrinya di Pusat Konvensyen CIDB Sarawak, Petra Jaya semalam.

Rumah terbukanya turut dikunjungi Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi serta kenamaan-kenamaan lain.

Justeru, Fadillah yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi menegaskan, apa yang perlu difokuskan sekarang ialah strategi serta memastikan pengeluaran, produktiviti lada Sarawak ditingkatkan.

Bagaimanapun, katanya isu yang dihadapi sekarang ialah bagaimana untuk melibatkan golongan muda dalam penanaman lada.

Menurutnya, isu itu dapat diatasi dengan memperkenalkan teknologi dan kaedah penanaman baharu termasuk penyelidikan yang lebih kukuh, serta membantu petani sedia ada untuk berhijrah ke penanaman menggunakan teknologi baharu dan moden.

“Jadi dengan amalan pertanian yang baik, kita akan dapat mengekalkan lada Sarawak sebagai nombor satu seterusnya menawan pasaran sehingga ke Eropah khususnya kerana lada Sarawak mendapat permintaan yang tinggi dan harganya jauh lebih baik.

“Jadi saya percaya jika kita boleh fokus kepada itu maka lada Sarawak akan dapat kembali bersinar seperti dahulu,” katanya.

Sumber/Source : https://suarasarawak.my/kembalikan-era-gemilang-lada-sarawak/?fbclid=IwAR1Qyd8u8YWzaL4d96S_scaNaA2XX3IOlYjztEydeUl2skE2NtWGxgrtFu4

PemegangTaruhAwamnew
StaffMPBnew

Lembaga Lada Malaysia
AddLot 1115, Jalan Utama, 93450, Kuching, Sarawak
Tel +6 082 331811 Fax+6 082 336877
webmaster@mpb.gov.my
 logo ms  KSN  KPK2  sawit  get  timber tembakau  koko IPC doa Links IIM Saraspicelogo

Hubungi Kami

Lembaga Lada Malaysia
Lot 1115, Jalan Utama, 93450, Kuching, Sarawak
Tel       :    +6 082 331811
Fax      :    +6 082 336877
Email  :    info@mpb.gov.my
Hakcipta Terpelihara © 2021 Lembaga Lada Malaysia (MPB)
Pelawat :
Dikemaskini Pada :

Kerajaan dan Lembaga Lada Malaysia tidak akan bertanggungjawab atas kehilangan atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh dari laman web ini. Paparan terbaik menggunakan Google Chrome dan Modzilla Firefox dengan resolusi 1920 x 1080.