18 Julai 2023 | Kuching, Sarawak
Pada hujung minggu yang lalu, Lembaga Lada Malaysia telah menerima kunjungan daripada pegawai Kementerian Ekonomi iaitu Timbalan Pengarah Bahagian Pertanian, YBhg. Datin Rosmayuzi binti Musa yang ditemani Ketua Penolong Pengarah (Komoditi Industri), Puan Zahiah binti Md Alwee bagi meninjau, memahami dan menilai prestasi projek - projek pembangunan yang dilaksanakan oleh MPB.
Kehadiran rombongan telah disambut mesra oleh Ketua Pengarah MPB, Puan Jenny George dan turut disertai oleh Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan), Encik Vincent Sawat. Turut serta dalam lawatan ialah Setiausaha Bahagian Pembangunan Industri Koko dan Lada di Kementerian Perladangan dan Komoditi, Encik Cheah Chee Fong.