18 Julai 2023 | Sarikei, Sarawak
Pelaksanaan latihan in-situ Projek Pengeluaran Lada Premium (PPLP) oleh Pejabat MPB Cawangan Sarikei telah melibatkan seramai 35 orang pekebun dari Rumah Ajau, Ulu Kota, Pakan dan Rh. Ukan, Munggu Linang, Ulu Kota, Pakan.
Latihan ini merupakan satu platform bagi meningkatkan keupayaan dan kemahiran pekebun dalam penghasilan lada premium yang berkualiti melalui penanaman pokok lada baharu daripada varieti yang disyorkan iaitu varieti Kuching. Para peserta turut diberikan latihan secara amali dan demonstrasi di kebun lada agar ilmu yang dipelajari dapat dipraktikkan di lapangan.