15 Ogos 2023 | Sungai Petani, Kedah
Diteruskan bersama 39 orang peserta di wilayah utara.
Kursus ini mendapat sambutan menggalakkan daripada orang awam yang berminat untuk mengetahui kaedah memulakan penanaman lada.
Silibus kursus juga merangkumi topik - topik berkaitan penanaman dan penyelenggaraan tanaman lada, inovasi dan aplikasi yang dibangunkan oleh MPB serta latihan amali di kebun lada.
Kursus jangka pendek ini diperkenalkan kepada golongan sasar sedia ada mahupun yang baru untuk mengukuhkan industri lada melalui latihan yang
berteraskan pembangunan modal insan.