15 Ogos 2023 | Kuching, Sarawak
Sesi Audit Dalam Information Security Management System (ISMS) bagi Pensijilan ISO/IEC 27001:2013 telah dilaksanakan pada minggu lalu untuk menilai keberkesanan kawalan, kawalan objektif, proses dan prosedur berkaitan ISMS bagi memantapkan pelaksanaan seperti yang termaktub di dalam standard.
Untuk rekod, MPB buat pertama kalinya telah mendapatkan pensijilan ISMS ISO/IEC 27001:2013 pada April 2019 dengan menggunapakai skop Sistem Pengurusan Keselamatan Data bagi Sistem Perakaunan SAGA MPB.