24 Ogos 2023 | Kuching, Sarawak
Terima kasih kepada YB Dato Sri Dr. Stephen Rundi anak Utom, Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak (M-FICORD) atas kesudian menerima kehadiran Lembaga Lada Malaysia (MPB) yang diketuai oleh Pengerusi, YB Dato Anyi Ngau dalam satu kunjungan hormat yang berlangsung di Wisma Bapa Malaysia, hari ini.
Pada masa yang sama, YB Menteri M-FICORD turut berkongsi pandangan dan idea beliau dalam usaha membangunkan sektor pertanian dan agrikomoditi negara.
Kunjungan turut disertai oleh Ketua Pengarah MPB, Puan Jenny George dan Timbalan Ketua Pengarah MPB, Encik Vincent Sawat.