28 Ogos 2023 | Kuching, Sarawak
Lembaga Lada Malaysia (MPB) hari ini dikunjungi seramai lebih kurang 64 orang ahli JKKK dan Biro Wanita Rumah Liam, Rantau Kemayau Manis, Ulu Engkari, Lubok Antu dalam satu sesi lawatan pembelajaran yang dianjurkan oleh rumah panjang tersebut.
Lawatan seumpama ini penting bagi memberi pendedahan kepada rombongan pelawat mengenai aktiviti - aktiviti yang dijalankan oleh MPB disamping menerangkan mengenai potensi komoditi lada yang dapat dibangunkan menjadi produk - produk hiliran.
Dalam lawatan yang sama, Ketua Pengarah MPB Puan Jenny George sempat bertemu dan beramah mesra bersama rombongan pelawat yang hadir.