1 September 2023 | Kuching, Sarawak
Saling bertukar pandangan dan idea dalam memperkasa golongan sasar sektor agrikomoditi disamping mengeratkan kerjasama antara kedua-dua pihak sebagai agensi yang bernaung di bawah satu kementerian, begitulah antara intipati perjumpaan semasa kunjungan Lembaga Kenaf Dan Tembakau Negara (LKTN) yang diketuai Pengerusinya, YBhg. Datuk Haji Wan Abdul Rahim Wan Abdullah ke Ibu Pejabat Lembaga Lada Malaysia pada hari ini.
Kehadiran rombongan LKTN yang turut disertai Ketua Pengarahnya, YBrs. Tuan Haji Idris Mohd Salleh serta beberapa orang pegawai lain telah disambut mesra oleh Ketua Pengarah MPB, Puan Jenny George.
Dalam kunjungan yang sama, rombongan LKTN telah dibawa meninjau ke Kilang Pemprosesan Lada, Makmal Pembangunan Produk serta Makmal Penyelidikan MPB.
Hadir sama di pihak MPB adalah Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan), Encik Vincent Sawat; Pengarah Kanan Bahagian Pembangunan Pasaran dan Perniagaan, Encik Langgi Chaling; Pengarah Kanan Bahagian Perkhidmatan Tanaman, Encik William Sze; Pengarah Cawangan Penyelidikan dan Pembangunan, Dr. Chen Yi Shang dan pegawai dari Bahagian Perancangan Strategik dan Pelaburan, Puan Magfirah Mohd Yunus.