26 November 2023 | Padawan, Kuching
Trek Komoditi Zon Sarawak bagi sektor lada selesai diadakan pada hari ini di Kampung Begu, Padawan dengan kehadiran lebih kurang seramai 400 orang tetamu yang terdiri daripada komuniti penanam lada, penduduk - penduduk kampung berdekatan serta Ketua - Ketua dan Wakil Jabatan serta Agensi Persekutuan dan Negeri.
Rombongan telah melawat ke kebun lada milik Encik Nugi anak Suoi yang mula diusahakan pada tahun 2020. Rombongan turut berpeluang menyaksikan demonstrasi penggunaan alat pemprosesan lada iaitu mesin pelerai lada dan spiral separator.
Seterusnya, YAB Dato' Sri Fadillah dan rombongan bertemu dengan komuniti penanam lada serta penduduk kampung dari sekitar kawasan Padawan dan Serian bertempat di Tapak Rumah Warisan Kampung Begu.
Trek Komoditi merupakan hasil cetusan idea YAB Dato' Sri Fadillah bagi berjumpa dengan semua pemegang taruh yang terlibat dalam Sektor Agrikomoditi dan melihat sendiri keberkesanan pelaksanaan dasar dan strategi yang telah dirangka di peringkat Kementerian.
Hadir sama memberi sokongan dan memeriahkan program pada hari ini adalah Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, YB Dato' Sri Dr. Stephen Rundi anak Utom; Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, YB Dato Sri Roland Sagah Wee Inn; Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak (Komoditi & Pembangunan Wilayah), YB Datuk Maclaine@Martin Ben; serta Ahli Parlimen P198 Puncak Borneo, YB Datuk Willie anak Mongin.