Bengkel Pembangunan Agropreneur Lada Siri 3 Tahun 2020 di Hotel Grand Borneo, Kota Kinabalu Sabah telah disempurnakan oleh YB Datuk Ewon Benedick selaku Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah sebentar tadi. Bengkel selama tiga hari bermula 18 - 20 Februari 2020 ini merupakan anjuran oleh Lembaga Lada Malaysia dengan penglibatan seramai 40 orang peserta yang terdiri daripada pekebun lada, peraih lada dan usahawan lada di Sabah. Bengkel Pembangunan Agropreneur Lada merupakan satu inisiatif yang dilaksanakan oleh MPB yang bertujuan untuk membangunkan dan meningkatkan penglibatan usahawan hiliran lada yang berdaya saing, berdaya tahan, berinovasi dan dinamik dalam penghasilan produk hiliran lada melalui bantuan yang komprehensif dan bersepadu dengan pendekatan serta bimbingan termasuk mengukuhkan teras perniagaan, membina kapasiti dan keupayaan meningkatkan produktiviti. Adalah diharapkan agar para peserta yang terlibat dalam program ini akan mendapat manfaat daripada perkongsian ilmu yang bakal disampaikan.