14.08.2020 | Ibu Pejabat Lembaga Lada Malaysia, Kuching, Sarawak.
Hari ini, YB Tuan Willie Mongin Timbalan Menteri Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi menghadiri sesi pembentangan khas oleh sebuah syarikat tempatan iaitu NEUON AI SDN BHD yang membangunkan platform aplikasi yang membantu pekebun-pekebun kecil yang dikenali sebagai GoTani.
`GoTani dikembangkan sebagai pertanian tepat untuk agensi kerajaan untuk membantu petani pekebun kecil. Ini terdiri dari pemetaan dan pemeriksaan drone, uji sampel tanah dan daun, anggaran nutrien, pengesanan penyakit, perundingan pakar mengenai fertigasi dan iritasi.
Pembentangan khas ini dihadiri oleh YBhg. En. Stanley Liew, Ketua Pengarah MPB.
Turut hadir YBrs. En. Philip Gaweng, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) MPB, En. William Sze
Pengarah Bahagian Tanaman. En. Zehnder Jarroop, Pengarah R&D, En. Chen Yi Shang, Pegawai R&D dan Encik Kevin Muyang, PRO Lada & Ms. Felecia Sibat.
Sementara daripada Syarikat NEUON AI SDN BHD pula, dihadiri oleh YBrs. Dr. Chai KC (CEO), En. Marcus Chai (CFO) dan En. Chang Yang Loong, Pengarah Teknikal.
Kerajaan
dan Lembaga Lada Malaysia tidak akan bertanggungjawab atas kehilangan
atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh
dari laman web ini. Paparan terbaik menggunakan Google Chrome dan Modzilla Firefox dengan resolusi 1920 x 1080.