21 Ogos 2020 | Kuching, Sarawak
MPB amat berbesar hati menerima kunjungan sulung daripada YB Tuan Anyi Ngau selaku Pengerusi Lembaga Lada Malaysia yang baharu.
YB Pengerusi telah mendengar taklimat daripada Pengurusan MPB mengenai latar belakang, isu dan cabaran serta hala tuju MPB dalam memperkasakan industri lada negara.
Dalam amanat beliau telah menyatakan bahawa perancangan dan hala tuju MPB yang direncanakan sebelum ini wajar diteruskan dan direalisasikan.
Beliau turut berkesempatan melawat ke Kilang Pemprosesan Lada MPB, Makmal Pembangunan Produk MPB serta Makmal Penyelidikan dan Pembangunan MPB, Kuching.