24 Ogos 2020 | Kuching, Sarawak
Lembaga Lada Malaysia (MPB) mengalu - alukan kunjungan daripada YBhg. Tuan Ravi Muthayah, Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan Peladangan & Komoditi sempena lawatan kerja rasmi beliau ke Ibu Pejabat MPB.
Beliau telah mendengar taklimat daripada pihak pengurusan MPB yang diketuai oleh Encik Stanley Liew, Ketua Pengarah MPB mengenai beberapa perkara merangkumi status pelaksanaan projek Pembangunan Industri Lada Negara (PILN), Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin (PRE) untuk pekebun lada serta beberapa perkara lain yang dibangkitkan untuk perhatian pihak kementerian.
Selain itu, beliau turut berkesempatan meninjau ke kilang pemprosesan lada serta tapak pengubahsuaian ruang gudang bagi penempatan mesin-mesin pembungkusan produk Saraspice.