Taklimat Persediaan Operasi Saraspice Sdn. Bhd. di Pejabat MPB Serian
3
8 September 2020 | Serian, Sarawak
Satu sesi taklimat berkenaan persediaan operasi Saraspice Sdn. Bhd. telah diadakan di Pejabat MPB Cawangan Serian yang melibatkan semua pegawai dan kakitangan Pejabat MPB Cawangan Serian.
Ketua Pengarah, YBrs. Encik Stanley Liew juga berkesempatan menyampaikan baucar bantuan di bawah Pakej Ransangan Ekonomi (PRE) PRIHATIN kepada 89 orang pekebun kecil lada dari Kampung Tarat Baru, Tarat Melawi, Baru Mawang dan Kampung Bunga.
Turut hadir bersama dalam sesi tersebut ialah Cik Catherine Umbit, Pengarah Kanan Bahagian Perdagangan; Puan Asmah Morshidi, Penolong Pengarah Bahagian Perdagangan dan Encik Ken Paran Matu selaku Ketua Pejabat Cawangan MPB Serian.
Kerajaan
dan Lembaga Lada Malaysia tidak akan bertanggungjawab atas kehilangan
atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh
dari laman web ini. Paparan terbaik menggunakan Google Chrome dan Modzilla Firefox dengan resolusi 1920 x 1080.