28 September 2020
YB Tuan Willie Mongin, Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi menyempurnakan perasmian Perhimpunan Lembaga Lada Malaysia (MPB) serta Penyampaian Bantuan PRE PRIHATIN kepada Pekebun Kecil Lada di Ibu Pejabat MPB, Kuching, Sarawak.
Pada majlis ini, YB turut menyampaikan baucar kepada enam penerima Bantuan Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) PRIHATIN serta surat kelulusan kepada enam penerima bantuan Skim Tanaman Baru Lada di Kuching.
Hadir sama pada majlis ini ialah YBrs. Puan Kanagadevi Pachaiappan, Setiausaha Bahagian Pembangunan Industri Koko & Lada dan YBrs. Encik Stanley Liew Joo Kong, Ketua Pengarah MPB.