Rakaman temu bual bersama YBrs. Encik Philip Gaweng, Ketua Pengarah Lembaga Lada Malaysia sebentar tadi bersama DJ Jimbu Giman bagi slot Program Randau Pemansang Industri Lada
2
3 Mei 2021 | Kuching, Sarawak
Sekitar rakaman temu bual bersama YBrs. Encik Philip Gaweng, Ketua Pengarah Lembaga Lada Malaysia sebentar tadi bersama DJ Jimbu Giman bagi slot Program Randau Pemansang Industri Lada.
Program Randau Pemansang Industri Lada di RTM WAI FM Iban Kuching berkonsepkan penyiaran pengiklanan melalui radio untuk menyampaikan maklumat kepada kumpulan sasaran seperti pekebun lada, peniaga dan usahawan di seluruh negara.
Ianya adalah antara langkah proaktif Lembaga Lada Malaysia dalam usaha untuk meningkatkan sistem penyampaian maklumat hubungan yang lebih berkesan kepada kumpulan sasar.
Sesi rakaman seterusnya bersama pegawai - pegawai Lembaga Lada Malaysia yang terlibat akan diteruskan pada 4 dan 5 Mei 2021.
Program ini akan disiarkan di saluran RTM WAI FM Iban bermula 6 Mei sehingga 15 Mei 2021, jam 7.00 malam.
Kerajaan
dan Lembaga Lada Malaysia tidak akan bertanggungjawab atas kehilangan
atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh
dari laman web ini. Paparan terbaik menggunakan Google Chrome dan Modzilla Firefox dengan resolusi 1920 x 1080.