Rakaman Program Randau Pemansang Industri Lada di RTM WAIfm (Iban) bersama Pegawai - pegawai Lembaga Lada Malaysia (MPB) yang dikelolakan oleh DJ Edmund Linggie
4
5 Mei 2021 | Kuching, Sarawak
Hari terakhir rakaman Program Randau Pemansang Industri Lada di RTM WAIfm (Iban) bersama Pegawai - pegawai Lembaga Lada Malaysia (MPB) yang dikelolakan oleh DJ Edmund Linggie di studio RTM Kuching sebentar tadi.
Topik yang dibincangkan adalah mengenai Bantuan Tanaman Lada yang disampaikan oleh Encik Jekim Jirap, Penolong Pengarah Bahagian Perkhidmatan Tanaman MPB; Topik Perdagangan Lada disampaikan oleh Encik Makup Kelon, Pengarah Bahagian Perdagangan MPB; Penyelidikan dan Pembangunan Kualiti Industri Lada disampaikan oleh Encik Zehnder Jarroop, Pengarah Bahagian R&D MPB serta topik mengenai Kemudahan Pemprosesan Lada Pra-Eksport yang disampaikan oleh Encik Soter Jo-og, Jurutera Kanan Bahagian Perkhidmatan Perkilangan MPB.
Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada pihak RTM Kuching kerana telah memberi peluang serta menyediakan platform seumpama ini bagi mempromosi aktiviti dan peranan Lembaga Lada Malaysia (MPB) kepada para penggiat industri lada di Malaysia.
Program randau ini akan mula disiarkan pada 6 Mei sehingga 15 Mei 2021 hanya di saluran RTM WAIfm (Iban).
Kerajaan
dan Lembaga Lada Malaysia tidak akan bertanggungjawab atas kehilangan
atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh
dari laman web ini. Paparan terbaik menggunakan Google Chrome dan Modzilla Firefox dengan resolusi 1920 x 1080.