Lawatan kerja oleh Ahli Lembaga Pengarah MPB, YB Kapten (B) Hj Najib Bin Haji Lep
6
22 September 2021 | Senai, Johor
Satu lawatan kerja oleh Ahli Lembaga Pengarah MPB, YB Kapten (B) Hj Najib Bin Haji Lep merangkap ADUN Bukit Pasir serta Encik Krishnan Kumar a/l Letchumenan ke Pejabat MPB Wilayah Semenanjung Malaysia telah diadakan pada pagi tadi.
Lawatan kerja tersebut adalah bertujuan untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pembangunan industri lada di Wilayah Semenanjung Malaysia.
Selain itu, Ahli-ahli Lembaga Pengarah MPB turut berkesempatan melawat ke tapak Projek Tanaman Lada Berkelompok di FELDA Inas Utara, Kulai bagi meninjau perkembangan tanaman lada di kawasan tersebut.
Lawatan tersebut turut disertai oleh Pengarah Wilayah MPB Semenanjung Malaysia, Encik Nelson Fu dan Penolong Pengarah, Encik Muhammad Hassan M Salleh.
Kerajaan
dan Lembaga Lada Malaysia tidak akan bertanggungjawab atas kehilangan
atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh
dari laman web ini. Paparan terbaik menggunakan Google Chrome dan Modzilla Firefox dengan resolusi 1920 x 1080.