Kunjungan Hormat daripada Pegawai dari Jabatan Pertanian Semenanjung Malaysia dan Sarawak
10
15 Oktober 2021 | Kuching, Sarawak
Lembaga Lada Malaysia (MPB) hari ini menerima kunjungan hormat daripada Pengarah Bahagian Kawalan Racun Perosak dan Baja, Encik Mat Iesak bin Ngathinee serta pegawai - pegawai dari Jabatan Pertanian Semananjung Malaysia dan Sarawak.
Kunjungan tersebut dimulakan dengan sesi perbincangan dan perkongsian pendapat antara kedua - dua jabatan terutamanya mengenai pengesyoran penggunaan racun perosak dan baja yang sesuai untuk agrikomoditi lada.
Rombongan turut berkesempatan melawat ke Kilang Pemprosesan Lada, Makmal Pembangunan Produk dan Makmal Kualiti MPB.
Lembaga Lada Malaysia diketuai oleh Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) Encik Vincent Sawat dan turut disertai oleh Pemangku Pengarah Kanan Bahagian Perkhidmatan Tanaman Encik William Sze; Pengarah Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan Encik Zehnder Jarroop serta Pegawai Penyelidik Dr. Yap Chin Ann
Kerajaan
dan Lembaga Lada Malaysia tidak akan bertanggungjawab atas kehilangan
atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh
dari laman web ini. Paparan terbaik menggunakan Google Chrome dan Modzilla Firefox dengan resolusi 1920 x 1080.