Pelancaran produk hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D) MPB oleh YBTM
14
22 Oktober 2021 | Puncak Borneo, Sarawak
Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Willie Anak Mongin hari ini melancarkan produk hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D) oleh Lembaga Lada Malaysia (MPB). Beliau turut melancarkan dua buku, Manual Tiang Sokongan Lada dan Manual Varieti Lada di Malaysia yang merupakan inisiatif untuk membimbing pekebun-pekebun kecil baharu menggunakan tiang sokongan alternatif pokok lada selain membantu pengusaha mengenal pasti varieti tanaman agrikomoditi itu.
Beliau turut menyempurnakan simbolik penanaman lada varieti kuching yang menggunakan tiang sokongan PVC di Plot Penyelidikan MPB di Mambong, Kuching.
Pada majlis yang sama, beliau juga berkesempatan menyampaikan bantuan Skim Tanaman Lada Baharu dan Skim Tanaman Lada Matang kepada lima (5) orang yang mewakili lima (5) buah kampung dari DUN Mambong iaitu Kampung Annah Rais, Kampung Rejoi, Kampung Sitang, Kampung Taba Sait dan Kampung Karu.
Majlis ini turut disertai oleh Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Lembaga Lada Malaysia Puan Jenny George dan Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) Lembaga Lada Malaysia Encik Vincent Sawat.
Kerajaan
dan Lembaga Lada Malaysia tidak akan bertanggungjawab atas kehilangan
atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh
dari laman web ini. Paparan terbaik menggunakan Google Chrome dan Modzilla Firefox dengan resolusi 1920 x 1080.