Lawatan Kerja Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) MPB Puan Jenny George, ke Pejabat MPB Wilayah Semenanjung Malaysia di Senai, Johor
4
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) MPB Puan Jenny George meluangkan masa berkunjung ke Pejabat MPB Wilayah Semenanjung Malaysia di Senai, Johor hari ini.
Dalam sesi taklimat bersama pegawai dan kakitangan Pejabat MPB Wilayah Semenanjung Malaysia, beliau memaklumkan bahawa program yang melibatkan aktiviti pengeluaran lada perlu dilaksanakan dengan lebih agresif pada tahun hadapan disamping meneruskan aktiviti promosi dan galakkan tanaman lada bagi meningkatkan keluasan tanaman lada di Wilayah Semenanjung Malaysia.
Beliau turut berkesempatan melawat Projek Tanaman Lada Berkelompok di FELDA Inas, Kulai bagi meninjau perkembangan tanaman lada secara berkelompok serta melihat Pusat Pengumpulan dan Pemprosesan Lada oleh komuniti FELDA Inas.
Sesi lawatan ini turut disertai oleh Pengarah Wilayah MPB Semenanjung Malaysia Encik Nelson Fu dan Penolong Pengarah Cawangan Pengurusan Sumber Manusia Puan Kathleen Mildred Nejos.
Kerajaan
dan Lembaga Lada Malaysia tidak akan bertanggungjawab atas kehilangan
atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh
dari laman web ini. Paparan terbaik menggunakan Google Chrome dan Modzilla Firefox dengan resolusi 1920 x 1080.