Jelajah Agrikomoditi #KeluargaMalaysia 2021 di DUN Layar, Betong
7
28 NOVEMBER 2021 | BETONG, SARAWAK
Sekitar program Jelajah Agrikomoditi #KeluargaMalaysia 2021 di DUN Layar, Betong yang telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) YB Datuk Willie Anak Mongin sebentar tadi.
Program Jelajah Agrikomoditi #KeluargaMalaysia 2021 melibatkan penyertaan semua agensi serta majlis di bawah Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) yang merangkumi subsektor sawit, getah, kenaf, koko dan lada.
Pada majlis yang sama turut diadakan pelancaran Aplikasi LadaGo serta Sistem Permohonan Bantuan Lada Online sebagai usaha daripada pihak KPPK melalui Lembaga Lada Malaysia (MPB) untuk mendigitalkan subsektor lada.
Selain itu, skim bantuan dan insentif daripada agensi MPOB, LKM, LGM dan MPB turut diserahkan kepada penerima yang terdiri daripada pekebun, penanam dan peladang di bawah seliaan agensi masing-masing.
Turut serta dalam majlis ialah YBhg. Dato Gerald Rentap Jabu; Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) MPB Puan Jenny George; Residen Bahagian Betong Encik Richard Anak Micheal Abu Nawas; Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) MPB Encik Vincent Sawat; Pengarah LGM Sarawak Tn Haji Ismail bin Ibrahim, serta Ketua Wilayah MPOB Encik Murphy Solomon.
Kerajaan
dan Lembaga Lada Malaysia tidak akan bertanggungjawab atas kehilangan
atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh
dari laman web ini. Paparan terbaik menggunakan Google Chrome dan Modzilla Firefox dengan resolusi 1920 x 1080.