Jelajah Agrikomoditi #KeluargaMalaysia 2021 di Tarat
13
11 Disember 2021 | Tarat, Sarawak
Sekitar program Jelajah Agrikomoditi #KeluargaMalaysia 2021 di Tarat, Sarawak anjuran Lembaga Lada Malaysia (MPB) yang telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, YB Datuk Willie Anak Mongin sebentar tadi.
Objektif program ini adalah untuk menghebahkan mengenai prospek, potensi, sumbangan dan pencapaian sektor agrikomoditi lada dalam meningkatkan pendapatan keluarga dan negara.
Pada majlis ini, seramai 10 orang pekebun lada mewakili 15 buah kampung di bawah kawasan Tarat telah menerima bantuan Skim Tanaman Lada Baharu dan Skim Tanaman Lada Matang.
Turut disumbangkan jua PPE COVID-19 berupa face masks dan hand sanitizers untuk komuniti di Kampung Mundai dan gereja yang disampaikan kepada Ketua Kampung Mundai iaitu KK John Sapin anak Akim dan Pengerusi St. Matthew's Parish Hall iaitu Sub Deacon Sow Sarob.
Majlis ini turut disertai oleh Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Lembaga Lada Malaysia Puan Jenny George dan Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) Lembaga Lada Malaysia Encik Vincent Sawat.
Kerajaan
dan Lembaga Lada Malaysia tidak akan bertanggungjawab atas kehilangan
atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh
dari laman web ini. Paparan terbaik menggunakan Google Chrome dan Modzilla Firefox dengan resolusi 1920 x 1080.