Pejabat Lembaga Lada Malaysia (MPB) Cawangan Sri Aman berperanan untuk menyelia aktiviti industri lada meliputi kawasan Balai Ringin, Pantu, Sg. Tenggang, Lachau, Sri Aman, Lingga, Engkelili dan Lubok Antu.
Peranan dan tanggungjawab utama:
Melaksanakan Program Pembangunan Penanaman Lada dengan mengagihkan input pertanian, perkakasan ladang, dan bantuan infrastruktur ladang.
Melaksanakan aktiviti perdagangan setempat dan di ladang daripada pekebun dan usahawan.
Menganjurkan latihan dan aktiviti pengembangan melalui Kursus Tanaman dan Pengeluaran Lada (KTPL), Pemindahan Teknologi (ToT) dan kursus In-Situ untuk menambahkan pengetahuan pekebun dalam pelbagai aspek teknik penanaman baru khasnya pengurusan ladang lada.
Memberikan sokongan teknikal untuk pemprosesan dan penggredan lada di peringkat ladang untuk menghasilkan lada berkualiti.
Untuk maklumat lanjut sila hubungi:
En. Heleary Anak Bakit
Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi
Ketua Pejabat Cawangan – Sri Aman
Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Alamat:
Sub Lot 2, Lot 160 Undup Land District, Sri Aman / Serian Road, 95007 Sri Aman, Sarawak Tel: 083-322139 Fax: 083-324069 Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Kerajaan
dan Lembaga Lada Malaysia tidak akan bertanggungjawab atas kehilangan
atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh
dari laman web ini. Paparan terbaik menggunakan Google Chrome dan Modzilla Firefox dengan resolusi 1920 x 1080.