Piagam Pelanggan Lembaga Lada Malaysia
Lembaga Lada Malaysia akan
menyediakan perkhidmatan saksama, cekap dan boleh dipercayai serta
sentiasa berusaha untuk kebaikan industri lada keseluruhannya. Pada
dasarnya kami akan :
Menyediakan perkhidmatan penghasilan produk seperti berikut :
Mengeluarkan Sijil Gred Lada dalam masa dua (2) hari bekerja selepas menerima keputusan analisis dari makmal selaras dengan objektif QMS ISO 9001:2015 - Pekhidmatan Penggredan dan Sijil Gred untuk Lada Sarawak;
Mengeluarkan sijil untuk analisis fizikal dan kimia mengikut Standard ISO 17025 dalam tempoh satu (1) hari dan analisis mikrobiologi dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja
Penghasilan produk lada yang mematuhi garis panduan pensijilan HACCP dan Halal
Mengumpul dan menyebarkan harga lada tempatan pada setiap hari selewat-lewatnya jam 11.00 pagi;
Menjawab pertanyaan dalam satu (1) hari bekerja;
Memastikan aduan pelanggan diberi :
Akuan penerimaan dalam masa satu (1) hari bekerja
Maklum balas awal dalam masa lima (5) hari bekerja; dan
Aduan diselesaikan dalam masa lima belas (15) hari bekerja
Membayar bil-bil yang lengkap dan sempurna dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja;
Menyediakan perkhidmatan pembelian lada setiap hari bekerja mulai jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang, dan
Memberikan kursus kepada pekebun sekurang-kurangnya dalam tempoh tiga (3) hari.