
Lada Sarawak telah mendapat populariti sebagai produk berkualiti tinggi dari Malaysia di pasaran antarabangsa yang sinonim dengan hasil tanaman dari negeri Sarawak. Pada tahun 2003, Lembaga Lada Malaysia (MPB) telah berjaya mendaftarkan Lada Sarawak sebagai Petunjuk Geografi (GI) bertujuan untuk melindungi imej Lada Sarawak di dalam dan luar negara keluaran lada dan produk tambah nilai berasaskan lada dari Malaysia.
Secara kolektif, para pengeksport, peruncit dan PKS yang berdaftar dengan Lembaga Lada Malaysia mendapatkan manfaat perakuan GI-Lada Sarawak yang didukung dengan perkhidmatan Analisa Makmal, Sijil Gred Lada dan Permit yang dikeluarkan mengikut parameter ditetapkan.
" Sarawak pepper has gained popularity as a high-quality product from Malaysia in the international market, which is synonymous with crops from the state of Sarawak. In 2003, the Malaysian Pepper Board (MPB) successfully registered Sarawak Pepper as a Geographical Indication (GI) aimed at protecting the image of Sarawak Pepper domestically and abroad for producing pepper and adding value products based on pepper from Malaysia.
Exporters, retailers and SMEs registered with the Malaysian Pepper Board benefit from Sarawak GI-Pepper certification supported with Laboratory Analysis, Pepper Grade Certificates Services and Permits issued according to set parameters."











