Bahagian Perkhidmatan Perkilangan merupakan bahagian yang menyediakan perkhidmatan pemprosesan lada kepada penggiat industri lada di Malaysia disamping memberi khidmat teknikal kejuruteraan kepada pembangunan industri lada secara keseluruhannya.
Aktiviti pemprosesan lada yang dilaksanakan ialah:
Bil. | Loji | Fungsi | Lokasi |
1 | Pembersihan fizikal (Pembersihan kering dan basah) | · Mengasingkan dan mengurangkan cemaran fizikal pada produk lada. | · Kuching, Sarikei dan Sibu |
2 | Rawatan haba stim | · Mengurangkan kandungan mikroorganisma pada produk lada. | · Kuching dan Sibu |
3 | Pengisaran | · Mengisar biji lada bagi menghasilkan produk lada serbuk pelbagai saiz. | · Kuching |
4 | Penyisihan Warna | · Digunakan untuk menghasilkan produk lada putih krim. | · Kuching |
Bagi tujuan permohonan perkhidmatan pemprosesan, pengguna dikehendaki untuk mengisi borang seperti di bawah terlebih dahulu dan dikemukakan kepada pihak MPB untuk diproses.
- Borang Permohonan Pemprosesan
- Request for Analysis, L50