Kumpulan sasar
- Usahawan yang menghasilkan produk hiliran lada atau produk berasaskan lada.
- PKS yang telah berdaftar sebagai PKS Bimbingan Lembaga Lada Malaysia.
JENIS PEMBIAYAAN
Skim pembiayaan ini adalah untuk pembelian mesin atau bahan asas
pengilangan yang hanya digunakan untuk penghasilan produk lada atau
produk berasaskan lada sahaja.
KATEGORI PEMBIAYAAN DAN HAD PEMBIAYAAN:
Kategori | Had Pembiyaan |
---|---|
Pembiyaan Penuh | RM20,000.00 |
Pembiyaan Sebanyak 75% Sahaja | RM15,000.00 |
Pembiyaan Sebanyak 50% Sahaja | RM10,000.00 |
SYARAT WAJIB PERMOHONAN
A. Berdaftar sebagai PKS Bimbingan MPB.
B. Syarat pendaftaran sebagai PKS Bimbingan MPB adalah seperti berikut:
- Berdaftar di bawah Akta Syarikat 1965 atau Akta Syarikat 2016.
- Mengeluarkan *produk hiliran lada* atau *produk berasaskan lada* yang sedia ada dan berpotensi untuk dikembangkan di pasaran.
Jenis | Contoh |
---|---|
Produk Hiliran Lada | Keluaran produk runcit lada hitam dan putih (biji & Serbuk) |
Produk Berasaskan Lada | Keluaran produk seperti sos lada, minyak aromaterapi, cordial lada, gula-gula lada dan produk-produk seumpamanya |
- Keutamaan adalah kepada produk lada atau produk berasaskan lada yang boleh dilihat secara fizikal.
- Mesin atau bahan asas pengilangan yang dipohon hendaklah digunakan untuk menghasilkan produk hiliran lada atau produk berasaskan lada sahaja.
- Pemohon yang pernah mendapatkan bantuan layak dipertimbangkan semula selepas selang satu tahun dari tahun penerimaan bantuan.