Skim Bantuan Tanaman & Pemasaran Lada

  • Penanaman Lada Premium (PLP)

    Bentuk dan nilai bantuan :
    • Input pertanian (baja dan dolomite);
    • Insentif secara tunai bagi keratan lada dan tiang sokongan; dan
    • Khidmat nasihat.

    Syarat–Syarat Pemilihan Penerima Bantuan :
    • Warganegara Malaysia;
    • Mempunyai tanah yang sesuai untuk tanaman lada;
    • Memiliki dan mengusahakan tanaman lada baharu yang berusia di bawah tiga (3)
           tahun;
    • Tidak menerima bantuan di bawah Pengurusan Tanaman Lada Matang pada tahun
           yang sama;
    • Menanam sama ada di tanah sendiri, tanah sewa atau TOL (Temporary
           Occupation License);
    • Tanaman lada mengikut amalan penanaman lada yang disyorkan oleh Lembaga
            Lada Malaysia;
    • Pekebun yang mempunyai plot tanaman lada baharu dan pernah menerima bantuan
           yang sama dalam Rancangan Malaysia (RMK) yang sama, layak dipertimbangkan
           semula untuk mendapatkan bantuan selepas selang satu (1) tahun dari tahun kedua
           beliau menerima bantuan. Walau bagaimanapun, pengecualian tempoh selang satu
           (1) tahun ini diberikan kepada penerima bantuan yang telah menerima bantuan pada
           tahun semasa atau tahun sebelumnya tetapi telah menanam baru / semula bagi
           menggantikan tanaman lada baharu sedia ada yang rosak / musnah akibat bencana
           seperti banjir, tanah runtuh, kemarau panjang, kebakaran serta serangan wabak
           penyakit / serangan perosak yang serius;
    • Penerima bantuan di bawah RMK terdahulu juga layak dipertimbang untuk memohon
           pada RMK-13 untuk plot yang baru ditanam.


  • Pengurusan Tanaman Lada Matang (PTLM)
    Bentuk dan nilai bantuan :
    • Input pertanian (baja, dolomite dan racun pertanian); dan
    • Khidmat nasihat;

    Syarat–Syarat Pemilihan Penerima Bantuan :
    • Warganegara Malaysia;
    • Memiliki dan mengusahakan tanaman lada matang yang berusia tiga (3) tahun dan ke
           atas;
    • Tidak menerima bantuan di bawah Penanaman Lada Premium pada tahun yang
            sama;
    • Menanam sama ada di tanah sendiri, tanah sewa atau TOL (Temporary
           Occupation License);
    • Tanaman lada mengikut amalan penanaman lada yang disyorkan oleh Lembaga
            Lada Malaysia,
    • Pekebun yang pernah menerima bantuan yang sama dalam RMK yang sama,
           layak dipertimbangkan semula untuk mendapatkan bantuan selepas selang satu (1)
           tahun dari tahun beliau menerima bantuan. Walau bagaimanapun, pengecualian
           selang satu (1) tahun diberikan kepada penerima bantuan yang telah menerima
           bantuan pada tahun semasa atau tahun sebelumnya yang telah menanam semula
           bagi menggantikan tanaman lada matang sedia ada yang rosak / musnah akibat
           bencana seperti banjir, tanah runtuh, kemarau panjang, kebakaran serta
           serangan wabak penyakit / serangga perosak yang serius. Pekebun berkenaan
           layak dipertimbangkan untuk menerima bantuan Penanaman Lada Premium (PLP);
    • Penerima bantuan di bawah RMK terdahulu juga layak dipertimbang untuk memohon
           pada RMK-13.

  • Bantuan Fasaliti Dan Kemudahan Ladang

    Syarat – Syarat Pemilihan Penerima Bantuan :

     

    1. Pengeluaran Lada Berkualiti Eksport
    • Warganegara Malaysia;
    • Menanam atau mengusahakan sekurang-kurangnya 500 pokok tanaman lada
           matang (3 tahun dan ke atas) untuk layak memohon 1 unit alat pemprosesan
           samada Pengipas, Pelerai atau Spiral Separator atau satu (1) unit tangga;
    • Menanam atau mengusahakan sekurang-kurangnya 1,500 pokok tanaman
           lada matang untuk layak menerima lebih dari 1 unit alat pemprosesan berlainan
           jenis samada Pengipas, Pelerai atau Spiral Separator;
    • Menanam atau mengusahakan sekurang-kurangnya 1,500 pokok tanaman
           lada matang untuk layak memohon infrastruktur ladang (pelantar jemuran atau
           stor); dan
    • Penerima bantuan Pengurusan Tanaman Lada Matang (PTLM) pada tahun
           yang sama layak memohon alat-alat pemprosesan / infrastruktur ladang yang
           dibuat secara berkelompok / komuniti. Untuk permohonan secara individu,
           penerima bantuan Pengurusan Tanaman Lada Matang (PTLM) hanya layak
           untuk memohon dan dipertimbangkan pada tahun berikutnya daripada tahun
           beliau menerima bantuan PTLM.

     

    2. Pengeluaran Lada Putih Krim (LPK)
    • Warganegara Malaysia
    • Menanam atau mengusahakan sekurang-kurangnya 200 pokok tanaman lada
           matang varieti Kuching secara individu. Keutamaan adalah diberi untuk
           permohonan secara berkumpulan.
    • Mempunyai sumber air yang jernih dan mengalir

     

    Bentuk Bantuan

    Pengeluaran Lada Berkualiti Eksport Pengeluaran Lada Putih Krim (LPK)
    • Pengipas lada
    • Pelerai Lada
    • Spiral Separator
    • Tangga
    • Pelantar Jemuran
    • Stor Penyimpanan

    • Pengayak
    • Guni jut dan/atau guni poliwoven
    • Bahan binaan rendaman,
    • Pengipas lada
    • Pelerai Lada
    • Spiral Separator
    • Tangga
    • Pelantar Jemuran
    • Stor Penyimpanan
    • menyertai Kursus Pengeluaran
    Lada Putih Krim.

  • Skim Pembiayaan Pembangunan Pemasaran
    Kumpulan sasar
    • Usahawan yang menghasilkan produk hiliran lada atau produk berasaskan lada.
    • PKS yang telah berdaftar sebagai PKS Bimbingan Lembaga Lada Malaysia.
    JENIS PEMBIAYAAN
    Skim pembiayaan ini adalah untuk pembelian mesin atau bahan asas pengilangan yang hanya digunakan untuk penghasilan produk lada atau produk berasaskan lada sahaja.
     
    KATEGORI PEMBIAYAAN DAN HAD PEMBIAYAAN:
    KategoriHad Pembiyaan
    Pembiyaan Penuh RM20,000.00
    Pembiyaan Sebanyak 75% Sahaja RM15,000.00
    Pembiyaan Sebanyak 50% Sahaja RM10,000.00
    SYARAT WAJIB PERMOHONAN
    A. Berdaftar sebagai PKS Bimbingan MPB.
    B. Syarat pendaftaran sebagai PKS Bimbingan MPB adalah seperti berikut:
    • Berdaftar di bawah Akta Syarikat 1965 atau Akta Syarikat 2016.
    • Mengeluarkan *produk hiliran lada* atau *produk berasaskan lada* yang sedia ada dan berpotensi untuk dikembangkan di pasaran.
    JenisContoh
    Produk Hiliran Lada Keluaran produk runcit lada hitam dan putih (biji & Serbuk)
    Produk Berasaskan Lada Keluaran produk seperti sos lada, minyak aromaterapi, cordial lada, gula-gula lada dan produk-produk seumpamanya
    • Keutamaan adalah kepada produk lada atau produk berasaskan lada yang boleh dilihat secara fizikal.
    • Mesin atau bahan asas pengilangan yang dipohon hendaklah digunakan untuk menghasilkan produk hiliran lada atau produk berasaskan lada sahaja.
    • Pemohon yang pernah mendapatkan bantuan layak dipertimbangkan semula selepas selang satu tahun dari tahun penerimaan bantuan.

 logo ms  KSN  KPK2  sawit  get  timber tembakau  koko IPC doa Links IIM Saraspicelogo

Hubungi Kami

Lembaga Lada Malaysia
Lot 1115, Jalan Utama, 93450, Kuching, Sarawak
Tel       : +60 82 527600 | +60 82 331811 Fax :+60 82 336877
Email  :  info@mpb.gov.my
Hakcipta Terpelihara © Lembaga Lada Malaysia (MPB)
Pelawat :
Dikemaskini Pada :

Kerajaan dan Lembaga Lada Malaysia tidak akan bertanggungjawab atas kehilangan atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh dari laman web ini. Paparan terbaik menggunakan Google Chrome dan Modzilla Firefox dengan resolusi 1920 x 1080.