Bahagian Perlesenan dan Penguatkuasaan

Fungsi Bahagian Perlesenan dan Penguatkuasaan berperanan melaksanakan fungsi dan peranan Lembaga dalam mengawal selia pasaran berdasarkan peraturan-peraturan ditetapkan di bawah Akta 656 (Akta Lembaga Lada Malaysia 2006) bagi membantu memantapkan lagi strategi-strategi ditetapkan dalam dasar-dasar kerajaan mengikut senario pasaran semasa lada di dalam serta luar negara.


Turut terlibat dalam merancang, menyelia, menunjuk cara dan memantau pematuhan peraturan-peraturan berkaitan di kalangan pedagang lada bagi meningkatkan daya saing di pasaran domestik dan antarabangsa. 

Fungsi

  • Menjalankan peranan dan fungsi Lembaga mengawal selia pasaran berasaskan amalan peraturan tangkas (agile regulations) dan persaingan yang mendorong mempromosikan perkembangan ekonomi yang mampan.

Aktiviti-Aktiviti

  • Mengumpul, mengurus, menganalisa data dan maklumat berkenaan industri lada untuk disalurkan kepada pihak kementerian, agensi, penggiat industri dan pihak-pihak yang berkaitan;
  • Mendaftarkan pedagang-pedagang lada dengan memberikan lesen  mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan;  
  • Menganjurkan sesi penerangan berkaitan keperluan pasaran semasa bersama penggiat industri lada berkenaan kehendak, pasaran, harga dan saluran pengedaran yang wajar dipatuhi; dan
  • Menjalankan penguatkuasaan bagi peraturan-peraturan berkaitan seperti pelesenan, permit dan penggredan berlandaskan Akta 656 untuk tujuan eksport serta pasaran lada dalam negara.

Sistem e-Penggredan & Permit Lada

ISO.png

Grading and Certification Services For Sarawak Pepper

MS ISO 9001:2015
GI.png

Petunjuk Geografi Untuk Lada Sarawak

 logo ms  KSN  KPK2  sawit  get  timber tembakau  koko IPC doa Links IIM Saraspicelogo

Hubungi Kami

Lembaga Lada Malaysia
Lot 1115, Jalan Utama, 93450, Kuching, Sarawak
Tel       :    +6 082 331811
Fax      :    +6 082 336877
Email  :    info@mpb.gov.my
Hakcipta Terpelihara © 2021 Lembaga Lada Malaysia (MPB)
Pelawat :
Dikemaskini Pada :

Kerajaan dan Lembaga Lada Malaysia tidak akan bertanggungjawab atas kehilangan atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh dari laman web ini. Paparan terbaik menggunakan Google Chrome dan Modzilla Firefox dengan resolusi 1920 x 1080.