Pembangunan Usahawan dan Pasaran

Bahagian Pembangunan Usahawan dan Pasaran terdiri daripada Unit Promosi Pasaran dan Unit Kawal Selia Pasaran yang terlibat dalam membangunkan pelan promosi untuk destinasi pasaran berdasarkan potensi tawaran, permintaan, gelagat pasaran, keutamaan dan strategi tertentu mengikut senario perniagaan lada dalam serta luar negara. Turut terlibat dalam merancang, menyelia, menunjuk cara dan memantau pematuhan peraturan-peraturan berkaitan di kalangan pedagang lada bagi meningkatkan daya saing di pasaran domestik dan antarabangsa.

China-Import-and-Export-Fair--Canton-Fair--2025.jpg

Fungsi:

  • Pembangunan Usahawan: Melaksanakan aktiviti pembangunan keusahawanan
    lada bagi membangun dan meningkatkan penglibatan usahawan huluan dan
    hiliran yang berdaya saing, berdaya tahan, berinovasi dan dinamik.
  • Pengukuhan Pasaran & Promosi: Merancang dan menyelaras aktiviti galakan
    pasaran dan program promosi eksport lada bagi memastikan fungsi dilaksanakan
    dengan cekap dan berkesan
  • Komersialisasi & Teknologi: Merancang program komersialisasi produk lada,
    pemindahan teknologi (TOT), serta pembangunan hak harta intelek.
  • Hubungan Antarabangsa: Mengendalikan urusan hubungan dua hala dengan
    negara luar dan menyertai persidangan lada/rempah antarabangsa.

Aktiviti

Latihan dan Bimbingan
  • Menganjurkan kursus, bengkel dan latihan dalam bidang keusahawanan, penjenamaan serta pembungkusan bagi memperkasa dan menggalakkan pembangunan usahawan hiliran lada yang lebih berdaya saing.
Latihan-dan-Bimbingan-2.png
Latihan-dan-Bimbingan-1.png
Pameran Dalam dan Luar Negeri
  • Misi Perdagangan/ Teknikal/ Bilateral, Multilateral, Courtesy Call/ Pameran/ Promosi Perdagangan Antarabangsa dan dalam Negeri
  • Persidangan Antarabangsa dan Dalam Negeri;
  • Forum/ Seminar/ Mesyuarat di peringkat tempatan dan antarabangsa;
  • Padanan Perniagaan di lokasi strategik; dan
  • Geran Pembangunan Pemasaran - Promosi Dalam Negeri dan Luar Negara serta Persidangan Antarabangsa.
Pameran-3.png
Pameran-2.png
Pameran dan Kemudahan Produksi bagi Tujuan Publisiti Sektor Lada
  • Memantapkan Jenama Malaysia sebagai pengeluar produk berasaskan lada dan rempah ratus yang bertaraf antarabangsa (Malaysian Global Brands) melalui pelaksanaan kempen pengiklanan bersepadu di mana maklumat disampaikan menerusi pelbagai saluran merangkumi media cetak, media elektronik, media sosial, serta papan iklan (billboard) bagi memastikan liputan yang meluas, konsisten dan berkesan kepada kumpulan sasaran.
Publisiti1.png
Publisiti2.png
Insentif Usahawan Hiliran
  • Pemberian insentif mesin pemprosesan bagi meningkatkan kapasiti, produktiviti dan kecekapan pengeluaran produk lada serta produk hiliran.
  • Insentif pendaftaran barcode produk bagi memperkukuh kebolehpasaran, pematuhan pelabelan serta akses ke pasaran berstruktur dan eksport.
Insintef1.png
Insintef2.png
Bantuan Skim Usahawan Keratan Lada
  • Membantu meningkatkan pengeluaran keratan lada yang disyorkan iaitu varieti Kuching, Semonggok Aman, Semonggok Emas, India dan Nyerigai
Usahawankeratan.png
Usahawankeratan2.png

Skim Pembiayaan
Pembangunan Keusahawanan Lada

Borang Pendaftaran Usahawan
Borang Permohonan Insentif Mesin
Borang Permohonan Skim Usahawan Keratan
 logo ms  KSN  KPK2  sawit  get  timber tembakau  koko IPC doa Links IIM Saraspicelogo

Hubungi Kami

Lembaga Lada Malaysia
Lot 1115, Jalan Utama, 93450, Kuching, Sarawak
Tel       : +60 82 527600 | +60 82 331811 Fax :+60 82 336877
Email  :  info@mpb.gov.my
Hakcipta Terpelihara © Lembaga Lada Malaysia (MPB)
Pelawat :
Dikemaskini Pada :

Kerajaan dan Lembaga Lada Malaysia tidak akan bertanggungjawab atas kehilangan atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh dari laman web ini. Paparan terbaik menggunakan Google Chrome dan Modzilla Firefox dengan resolusi 1920 x 1080.